di dalam blog ku ini biarlah ku rahsiakan identitiku ...kerana tujuan blog yang kuhasilkan ini adalah utk mencatat perjalananku mendapatkan rawatan bagi memperoleh cahaya mata...telah banyak blog ku terokai yang mencatatkan perjalanan mereka ...ada yang berjaya..ada yang masih mencuba....kini giliran diri ku pula menulis di dalam blog ini..kuharapkan ada yang sudi memberikan komen kepada setiap suka duka yang ku lalui sepanjang usaha ini...
kumulakan dengan perjalanan perkahwinan ku pada 25 May 2007 yang penuh dengan kegembiraan tidak terkira..kusangka kawan sekelas tidak bisa menjadi teman sehidup tetapi akhirnya kami disatukan ...
sehingga sekarang kami masih berhoneymoon lagi... ;)
kini genap 4 tahun 6 bulan 2 hari kami bersama...bermulalah tika ini kami berusaha utk mendapatkan apa yang sewajarnya sepasang suami isteri dambakan di dalam perkahwinan...
sepanjang perkahwinan kami..telah banyak tips , ubat , serta pelbagai lagi usaha yang telah kami lakukan ...di sini saya nyatakan usaha kami sepanjang yang telah kami lalui ;
2007
berurut(A) + minyak kelapa dara
2008
clomid 1st cycle klinik biasa A+povironum
clomid 2nd cycle klinik biasa B+vitamin E
clomid 3rd cycle klinik biasa C
clomid 4rd cycle klinik biasa D
berurut(B)+berurut(C-spa)
minum air buah zuriat/buah hawa-suami isteri
2009
minum air anmum-masa minum agak pening sikit
minum air buah zuriat/buah hawa-suami isteri
biodex set lengkap suami isteri selama tiga bulan
berurut(D-saloon)
berurut (E)
IUI 1st time(LPPKN-check FSH&LH/buat HSG/check sperm count) + Nuprep-75(saranan Dr Ismail Thamby)
2010
makan madu+telur ayam kampung
Nuprep-75
berurut (F)
rawatan islam : minum air aura-sekali je pergi utk check suami isteri tiada gangguan sepatutnya kami perlu mandi ais tapi suami keja shift tak dpt nk teruskan treatment sekadar minum air je itu pun sampai la ni tak habis lagi :)
2011
Vitex-Kordel product
minum Maca-oligo : kwn promote testimoni kwn dia yg dh mkn ubat ini trus peknen dpt anak kembar
berurut(G)-mak bidan yang ketujuh...
rawatan homeopathy selama 7bulan-result tiada keserasian sbb tu berhenti treatment
Nuprep-75
treatment di Mahkota Medical Center (Dr.Saiffuddin)-acid folic+selenium
itulah senarai panjang perjalanan dr thn ke thn selama kami berusaha utk mendapatkan zuriat selain drp mengamalkan doa nabi Zakaria serta bacaan ayat 1 - 5 surah Maryam dan tak lupa jua dengan mengamalkan ayat seribu dinar...
sekian sahaja utk lembaran pertama dariku...
Salam,
ReplyDeleteSaya pun ttc juga...dari apa yg sy baca, banyak usaha yang awak dah buat..sy kagum dengan usaha2 awak ni..sy harap dapat sabar macam awak jugak untuk melalui rawatan2 ni...thanx for sharing..sama2 kita berusaha...always update blog ya :-)