Wednesday 30 November 2011

sekejap masa berlalu...

pejam celik pejam celik sudah pun 5 muharam 1433...apa yg telah kulakukan?erm...setkt ni cuma mkn a.folic and my DH mkn NuPrep-75 dan Selenium Vitahealth...pemakanan extra yg kami try sekrg ialah minum susu kambing (Hi-Goat)dicampur dgn habbatus sauda dr mekah yg bentuk bijian tu serta dikisar bersama kurma dan ditambah dgn madu sesudu...urmmm...try je..tgk blog2 yg kulawati byk yg cdgkan tips ni...selain tu aku try gak wat BBT .setelah sekian lama tak wat cara tu...tp aku mula wat masa CD3.
right now dh CD6..but my AF mcm dh nk stop je..heran gak cycle kali ni cpt berhenti AF...urm...tak tahu ler...yg sedihnya my DH lak demam dan harini dh masuk 2 hari dh...kesihatan DH pun kena jaga gak for good result when BD is on... ;)

jiwang lak sekejap....hehe

Sunday 27 November 2011

salam maal hijrah 1433

assalamualaikum..pembuka bicara blog pertama ku utk sekian kalinya..hari ini 1 muharam 1433...bermulalah blog yang baru ku design selepas dua buah blog yang pada mulanya ku hasilkan hanya utk kerjayaku ...tetapi kini ku titipkan blog persendirianku utk menulis diari perjalananku sepanjang berusaha utk mendapatkan cahaya mata yang kami dambakan...
di dalam blog ku ini biarlah ku rahsiakan identitiku ...kerana tujuan blog yang kuhasilkan ini adalah utk mencatat perjalananku mendapatkan rawatan bagi memperoleh cahaya mata...telah banyak blog ku terokai yang mencatatkan perjalanan mereka ...ada yang berjaya..ada yang masih mencuba....kini giliran diri ku pula menulis di dalam blog ini..kuharapkan ada yang sudi memberikan komen kepada setiap suka duka yang ku lalui sepanjang usaha ini...
kumulakan dengan perjalanan perkahwinan ku pada 25 May 2007 yang penuh dengan kegembiraan tidak terkira..kusangka kawan sekelas tidak bisa menjadi teman sehidup tetapi akhirnya kami disatukan ...
sehingga sekarang kami masih berhoneymoon lagi... ;)
kini genap 4 tahun 6 bulan 2 hari kami bersama...bermulalah tika ini kami berusaha utk mendapatkan apa yang sewajarnya sepasang suami isteri dambakan di dalam perkahwinan...
sepanjang perkahwinan kami..telah banyak tips , ubat , serta pelbagai lagi usaha yang telah kami lakukan ...di sini saya nyatakan usaha kami sepanjang yang telah kami lalui ;
2007
berurut(A) + minyak kelapa dara
2008
clomid 1st cycle klinik biasa A+povironum
clomid 2nd cycle klinik biasa B+vitamin E
clomid 3rd cycle klinik biasa C
clomid 4rd cycle klinik biasa D
berurut(B)+berurut(C-spa)
minum air buah zuriat/buah hawa-suami isteri
2009
minum air anmum-masa minum agak pening sikit
minum air buah zuriat/buah hawa-suami isteri
biodex set lengkap suami isteri selama tiga bulan
berurut(D-saloon)
berurut (E)
IUI 1st time(LPPKN-check FSH&LH/buat HSG/check sperm count) + Nuprep-75(saranan Dr Ismail Thamby)
2010
makan madu+telur ayam kampung
Nuprep-75
berurut (F)
rawatan islam : minum air aura-sekali je pergi utk check suami isteri tiada gangguan sepatutnya kami perlu mandi ais tapi suami keja shift tak dpt nk teruskan treatment sekadar minum air je itu pun sampai la ni tak habis lagi :)
2011
Vitex-Kordel product
minum Maca-oligo : kwn promote testimoni kwn dia yg dh mkn ubat ini trus peknen dpt anak kembar
berurut(G)-mak bidan yang ketujuh...
rawatan homeopathy selama 7bulan-result tiada keserasian sbb tu berhenti treatment
Nuprep-75
treatment di Mahkota Medical Center (Dr.Saiffuddin)-acid folic+selenium

itulah senarai panjang perjalanan dr thn ke thn selama kami berusaha utk mendapatkan zuriat selain drp mengamalkan doa nabi Zakaria serta bacaan ayat 1 - 5 surah Maryam dan tak lupa jua dengan mengamalkan ayat seribu dinar...
sekian sahaja utk lembaran pertama dariku...